AZLA MANAGEMENT SDN. BHD. ditubuhkan pada tahun 1997 dimana produk yang dihasilkan ketika itu hanyalah roti canai dan roti pita.
Kini AZLA MANAGEMENT SDN BHD telah mengorak langkah dengan lebih jauh di mana aktiviti perniagaannya semakin berkembang. AZLA MANAGEMENT SDN BHD kini beroperasi sepenuhnya di Lot 7, Lorong Saga 1/10, Kompleks Kilang SME Bank Sungai Petani, Kawasan Perindustrian Saga, Mukim Pinang Tunggal, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

AZLA MANAGEMENT SDN. BHD kini telah mempunyai pengedar tetap di seluruh negeri Semenanjung Malaysia. Produk keluaran syarikat terutamanya roti pita kini boleh didapati di kedai-kedai yang menjual barangan sejuk beku. Selain daripada itu, syarikat kini mendapat kontrak menjadi pembekal roti canai segera dan capati segera kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kini, AZLA MANAGEMENT SDN BHD telah mengeksport roti pita keluarannya ke Brunei Darussalam dan Afrika Selatan melalui pembekal di Kuala Lumpur iaitu Max’s Food Enterprise (M) Sdn. Bhd. dengan menggunakan jenama ‘Fatima’s’. Dalam pada itu, pihak syarikat juga sedang berusaha untuk memasarkan sendiri produk keluarannya ke pasaran antarabangsa. Untuk itu, pihak syarikat telah mengambil langkah yang sewajarnya dan kini memfokuskan syarikat ke arah untuk mendapatkan lesen GMP/GHP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada 13 November 2007, Azla Management telah meluaskan pasaran ke Taiwan di mana syrikat telah menerima tempahan sebanyak 1000 kotak roti pita. Permintaan roti pita bagi luar negara adalah amat menggalakan .
Rancangan Azla Management kini adalah untuk mengeluarkan produk roti segar iaitu roti Turkey. Permintaan terhadap produk tersebut kini mula mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Pelancaran produk yang terbaru syarikat ialah:
Roti Segar:
- Roti serat berinti kaya
- Roti serat berinti kelapa
- Roti serat berinti kacang
- Roti serat berinti daging
- Roti serat berinti ayam
- Roti Turkey
Roti Sejuk Beku:
- Roti serat berinti kaya
- Roti serat berinti kelapa
- Roti serat berinti kacang
- Roti serat berinti daging
- Roti serat berinti ayam
Roti sejuk beku kukus:
- Roti serat berinti kaya
- Roti serat berinti kelapa
- Roti serat berinti kacang
- Roti serat berinti daging
- Roti serat berinti ayam
E&W merupakan jenama yang digunakan oleh pihak syarikat bagi produk keluarannya.
Sehubungan dengan itu, pihak syarikat menggunakan nama jenama produknya sebagai nama untuk rangkaian restoran dan kiosknya.
AZLA MANAGEMENT SDN BHD
Kilang dan Pejabat Pentadbiran
Lot 7, Lorong Saga 1/10,
Kompleks Kilang SME Bank Sg. Petani,
Kawasan Perindustrian Saga,
Mukim Pinang Tunggal,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.
Produk-produk yang dikeluarkan daripada kilang ini ialah:
1. Roti pita
2. Roti canai segera
3. Capati segera
4. Roti canai durian
5. Roti Turkey
6. Roti serat berinti
7. Roti serat berinti(kukus)
8. Roti serat berinti(sejuk beku)
9. Ayam roasted
10. Kebab ayam
11. Kebab daging
12. Kacang dal
13. Rempah kari dal
14. Perencah nasi ayam
15. Perencah sup
16. Perencah air asam
Produk-produk keluaran berbentuk roti :
1. Roti Pita putih
2. Roti pita Korperat
3. Roti Canai Segera
4. Capati Segera
5. Roti Canai Durian
6 Roti Turkey
7. Roti serat berinti(segar)
8. Roti serat berinti(kukus)
9. Roti serat berinti(sejuk beku) |